Sunday 11 September 2011

Kadang aku terfikir...ketika keseorangan dan kebosanan...siapakah yang akan merindui aku bila tiba saatnya aku sudah tidak wujud di dunia ini lagi...Adakah insan di dunia ini yang mengenaliku akan sentiasa menghadiahkan aku doa kesejahteraan buat aku di sana.?Dan...wujudkah kesan pada hati mereka sepanjang aku tiada di alam ini...?Tet...api semua persoalan itu segera aku abaikan...Mana mungkin aku harus mengharapkan ehsan mereka sedang mereka sendiri belum tentu akan ku ingati andai mereka tiada kelak..Kawan bagiku..mana-mana boleh ku cari tetapi "sahabat" merupakan harta yang takkan mampu dibeli walau harta menimbun...Tetapi dalam pencarian insan yang bernama sahabat itu seringkali membuat aku sendirian kerana ini antara pencarian yang memang sukar untuk di temui..Namun aku takkan berputus asa kerana aku masih yakin dengan rahmatNya..JanjiNya pada hambaNya yang sabar membuatkan aku teruskan jua pencarian ini..."setiap kesusahan seiring dengannya kemudahan..."

1 comment:

  1. Ceh3.. mana pulak ler ko dpt nie yer?? boleh touching arr gak.. :) Likelike..

    ReplyDelete